Monday, 7 December 2015

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdf

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

       












 Sistem Pendidikan Matematik Dan Matlamatnya Sebelum Kedatangan British (1400-1786)
Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan orang Melayu adalah berlandaskan semata-mata kepada pelajaran kitab suci al-Quran. Kanak-kanak melayu pada masa itu biasanya mengkaji aya-ayat Quran daripada imam di surau atau di masjid. Mengikut Wilkinson (1957):
Murid di pondok mula belajar perkataan-perkataan arab dan setelah menguasainya, meraka akan terus mempelajari dengan cara menghafaz huruf abjad Arab supaya menjadi sebagai panduan membaca doa dan teks arab. Biasanya, mereka belajar tiga pelajaran sehari, setiap pelajaran mengambil masa satu jam. Pelajaran pertama biasanya dimulakan selepas sembahyang subuh; kedua, selepas sembahyang zuhur dan satu lagi selepas senja. Pada masa yang lain, murid akan menolong gurunya menguruskan hal-hal rumah dan bekerja di kebun atau sawah. Melalui kerja-kerja itu, murid-murid secara tidak langsung belajar kemahiran-kemahiran yang dikehendakinya supaya dapat menjalankan kerja dalam kehidupan harian mereka. Sungguhpun guru tidak menerima sebarang gaji daripada pengajarannya, ibu bapa murid biasanya membekalkan tikar dan bantal, periuk dan beras untuk gurunya”.
Berdasarkan kenyataan diatas, pendidikan masyarakat Melayu pada zaman sebelum kedatangan British boleh dirumuskan bahawa aktiviti pelajaran adalah terhad kepada membaca Quran, mengingat dan menghafaz doa serta mempelajari prinsip-prinsip agama Islam. Oleh sebab itu, pada waktu ini, pendidikan matematik masih belum diperkenalkan lagi di Tanah Melayu sehinggalah negara mula dijajahi oleh pihak British.
Sistem Dan Struktur Pendidikan Semasa Penjajahan British (1786-1956)
Perkembangan sekolah vernakular Melayu bermula pada tahun 1786 sehingga 1941 iaitu pada abad ke-19. Pada permulaannya, sekolah vernakular melayu hanya dibuka untuk murid-murid lelaki sahaja kerana pada ketika itu, ibu bapa menentang kuat desakan menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Bagaimanapun, kejayaan rancangan Skinner dalam usaha penubuhan sekolah vernakular Melayu sejak tahun 1871 telah mendorong pemerintahan British menubuhkan sekolah bagi kanak-kanak perempuan. Subjek-subjek pelajaran yang diajarkan di sekolah vernakular Melayu adalah berubah dari semasa ke semasa. Misalnya, di sekolah Melayu yang didirikan mengikut Skinner pada kurun ke-19, diantara subjek-subjek pelajaran yang diajar kepada murid ialah bacaan, mengarang, ejaan, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan ilmu alam. Namun begitu, sekolah vernakular melayu terbatas hingga darjah empat sahaja.
Kemudian sekolah vernakular Cina yang pertama mula didirikan di Kuala Lumpur adalah pada tahun 1900. Kurikulum sekolah vernacular Cina adalah berdasarkan pelajaran klasik lama iaitu menghafaz klasik lama, belajar kaligraf dan ilmu-ilmu kira dengan menggunakan abakus. Kemudian kurikulum baru mula diperkenalkan di sekolah moden cina pada awal kurun ke-20. Selain daripada pelajaran klasik lama, murid-murid juga belajar sejarah, ilmu alam, sains moral, bahasa, ilmu hisab, lukisan, menyanyi dan latihan jasmani. Bagi sekolah vernakular Tamil, pada peringkat awal pembinaannya mengalami banyak kekurangan kerana kedatangan murid tidak tetap dan kadar keciciran juga tinggi.
Untuk sekolah Inggeris di Tanah Melayu yang terulung pada masa itu dibuka di Pulau Pinang iaitu Penang Free School. Pembinaan sekolah itu adalah atas inisiatif Rev R.S Hutchings iaitu ketua Paderi Negeri-Negeri Selat. Pada 6 Disember 1816, Hutchings mengumumkan rancangan dan kebaikan mengenai penubuhan Penang Free School dihadapan masyarakat umum. Beliau menerangkan kanak-kanak di sekolah ini akan diajar membaca, menulis bahasa Inggeris serta hukum-hukum dalam membuat kira-kira.
Kesimpulannya, sejarah pendidikan matematik di Tanah Melayu atau Malaysia bermula apabila British mula menjajah tanah Melayu dan menubuhkan beberapa sekolah bagi mengajar subjek matematik walaupun pada masa itu, guru-guru yang mendidik subjek matematik masih belum menguasai subjek ini apabila mengajar murid-murid.

 Latihan Guru
Disebabkan pembelajaran matematik sangat penting pada ketika itu, pada tahun 1900 Kolej Latihan Melayu di Melaka. Kolej Latihan Melayu Melaka menawarkan kursus latihan selama 2 tahun. Buat kali pertama, seramai 24 orang guru pelatih dipilih mengikut kursus ini. Selain daripada belajar Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, Ilmu Hisab, Ilmu Alam dan Teknik Menganyam, guru pelatih juga di kehendaki menjalani latihan mengajar di sekolah yang berhampiran. Kemudian, Maktab Penguruan Sultan Idris yang ditubuhkan pada tahun 1922 di Tanjung Malim, Perak, merupakan Maktab Penguruan yang lebih sempurna serta bersejarah. Tujuan Maktab Penguruan ini ditubuhkan ialah bagi mengumpulkan tenaga pengajar yang mahir terutamanya bagi subjek matematik. Bagi guru pelatih di Kolej Latihan Melayu, Johor Bharu mengikuti kursus Rahsia Mengajar, Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Lukisan, Membaca, Ilmu Bahasa serta Pelajaran Agama.

    Raffles College
Raffles College ditubuhkan pada tahun 1919 adalah pelaksanaan cadangan Jawatankuasa Firmstones selepas mengkaji Laporan Jawatankuasa Maxwell yang ditugaskan untuk mengkaji penubuhan institusi pelajaran tinggi pada tahun 1918. Tujuan-tujuan menubuhkan Raffles College adalah bagi memenuhi keperluan melatih guru serta melatih penuntut-penuntut dalam bidang teknologi dan sains. Syarat memasuki Raffles College pada masa itu ialah lulus Peperiksaan Cambridge Seberang Laut dengan memperoleh kepujian dalam Bahasa Inggeris dan tiga mata pelajaran lain. Untuk mendapat Sijil Diploma dari Raffles College, penuntut harus belajar tiga mata pelajaran yang dipilih daripada Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Kimia, Fizik, Ilmu Alam, Ekonomi dan Pendidikan.
          Pembinaan Semula Sistem Pendidikan Negara
Selepas kembalinya tentera British pada bulan Ogos, 1945, salah satu tugas kerajaan ialah membina  semula sistem pendidikan di Tanah Melayu. Rancangan Cheeseman merupakan percubaan pertama untuk penyusunan semula polisi pendidikan di bawah pentadbiran Malayan Union. Kemudian tubuh Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu, Ordinan Pelajaran 1952, dan Laporan Razak. Keempat-empat ini ditubuhkan bagi memperbaharui dasar pendidikan di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, Laporan Razak telah digunakan sebagai mengkaji Dasar Pendidikan Persekutan Tanah Melayu. Laporan Razak dibentangkan dan seterusnya diluluskan dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan April, 1957; kemudian dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana perancangan pendidikan yang telah dirangka untuk semua kaum dengan corak identiti kebangsaan.

       Perkembangan Pendidikan Awal Kemerdekaan Sehingga 1970-an
Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah dibentuk dengan melantik Abdul Rahman Talib, yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran Malaya, sebagai pengerusi. Tujuan perlantikan jawatankuasa tersebut ialah mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak serta kesan-kesan dalam perlaksaannya. Pada Laporan Rahman Talib, terdapat rancangan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan. Semua murid di bawah sistem ini dikehendaki  mempelajari subjek pelajaran asas termasuklah matematik yang merupakan subjek asas yang perlu dipelajari oleh murid-murid.
Bagi menambahkan bilangan guru yang mengajar subjek matematik, pada tahun 1963, sebuah jawatankuasa dilantik untuk mengkaji kursus-kursus pengajian serta sukatan latihan perguruan. Jawatankuasa telah mencadangkan supaya suatu Program Integrasi dirancang secara menyeluruh untuk melatih guru bagi sekolah menengah rendah. Mengikut Program Integrasi ini, keenam-enam Maktab Perguruan hanya akan melatih guru-guru dalam subjek tertentu. Bagi guru yang mengajar subjek matematik dan sains, mereka ditempatkan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.
Sejak Sememanjung Malaysia mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, program meningkatkan prestasi guru telah diberikan keutamaan dalam rancangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh sebab itu, jawatankuasa dibentuk untuk merancang Khursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru sementara dan Kursus Tambahan bagi guru-guru terlatih. Dalam Perkhidmatan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa antaranya meliputi kursus tambahan untuk guru-guru terlatih yang akan mengajar subjek-subjek dalam kurikulum baru seperti Sains Paduan, Sains Nuffield, Matematik Moden dan lain-lain.
Seterusnya, sebagaimana yang telah disebutkan, Malaysia telah menubuhkan 3 buah universiti baru diantara tempoh 1969-1971. Terdahulu daripada itu, Kolej RIDA telah ditubuhkan pada tahun 1956 dengan tujuan melatih Bumiputera dalam bidang perniagaan. Pada masa itu, Kolej RIDA adalah dibawah pengelolaan Penguasa Pembangunan Luar Bandar dan Perindustrian (RIDA). Pada tahun 1967, Kolej Rida bertukar kepada Kolej MARA. Kursus yang ditawarkan oleh Kolej MARA ialah Kursus Perakaunan, Perundangan Sains Gunaan, Seni Lukis dan Rekabentuk, Komputer Sains dan Matematik, Kejuruteraan, Pertanian, Seni Bina dan Pengukuran serta Kursus Pra-Universiti.

Sistem Pendidikan Selepas 1969

Perkembangan pendidikan merupakan usaha utama yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara sebab pendidikan matematik sangat penting diajar di sekolah-sekolah kerana di bawah Rancangan Malaysia Pertama ada menjelaskan dapat memperbaiki taraf hidup, memenuhi keperluan dalam kehidupan, memacu kearah teknologi. Di bawah Rancangan Malaysia kedua lebih kepada memperbaiki mutu pelajaran untuk membentuk satu masyarakat yang maju berasaskan kepada sains dan teknologi moden. Selain itu, program Sains Panduan dan Matematik Moden turut diperkenalkan sebagai sukatan baru untuk membina satu masyarakat yang maju berasaskan kepada sains dan teknologi moden.

GURU KURANG REALISTIK


a)   Kurang Berpengetahuan
Guru kurang berpengetahuan merupakan salah satu daripada faktor utama guru kurang realistik. Menurut Kamus Dewan, pengetahuan yang diterbitkan dari kata kerja tahu disinonimkan dengan  ilmu, kepandaian, kebijakan, kebijaksanaan, kepakaran, kemahiran, kepintaran, keahlian, pelajaran dan pendidikan. Guru kurang pengetahuan boleh didefinisikan sebagai guru yang kurang ilmu, kepandaian, kepakaran, dan kemahiran dalam sesuatu bidang terutamanya dalam bidang pendidikan yang diceburi mereka. Menurut Aziz Omar, Sabri Ahmad & Tengku Azwawi (2006), adakalanya guru yang mengajar matematik merupakan mereka yang kurang berkelayakan dan tidak berpengalaman dalam bidang matematik.
Guru kurang pengetahuan pula berpunca dari pelbagai aspek. Salah satu daripadanya adalah guru bukan opsyen. Dewasa ini, terdapat lambakan siswazah yang masih lagi menganggur. Apabila tidak mendapat kerja yang berkaitan dengan opsyen yang dipilih, mereka mengambil keputusan untuk mengambil Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) dengan harapan mereka akan dapat menjadi guru dengan hanya setahun pengajian. Di sini timbul isu guru kurang berpengetahuan dari segi pedagogi walaupun mereka mahir dari segi kandungan subjek tersebut. Pengetahuan pedagogi dapat membantu guru mengajar dengan berkesan. Pengajaran dapat berjalan dengan baik dan pelajar pula mendapat manfaat daripada pengajaran itu (Esah Sulaiman, 2004). Asas pedagogi yang kurang boleh menyebabkan pelajar tidak tertarik dan faham dengan pengajaran yang dilakukan guru.
Di sekolah, guru-guru baru diberikan tanggungjawab untuk mengajar subjek yang bukan opsyen asalnya. Suka atau tidak, guru terpaksa memikul tanggungjawab yang diberikan kerana ia telah ditetapkan kepadanya. Masrizal (2003) dalam kajiannya menunjukkan bahawa akan timbul
masalah kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang bukan pengkhususannya. Kesannya guru tidak dapat menjelaskan konsep dengan baik dan sempurna serta tidak dapat membuatkan pelajar mengaitkan apa yang mereka pelajari dengan kehidupan seharian. Guru bukan opsyen juga akan mengajar dengan sambil lewa memandangkan subjek yang diajar bukan bidang yang digemarinya. Mereka juga kurang bersedia memandangkan mereka kurang pengetahuan tentang konsep dan pedagogi.
Guru kurang menganalisis kandungan setiap topik juga menjadi punca guru kurang pengetahuan. Bagi guru-guru baru, mereka mengambil masa yang agak lama untuk memantapkan diri mereka dengan kandungan bagi setiap topik yang diajar. Apabila di dalam bilik darjah, terdapat beberapa soalan berkaitan tidak dapat dijawab terus oleh guru malah guru mengambil masa sehingga P&P yang seterusnya untuk menjawab soalan tersebut kerana perlu membuat rujukan terlebih dahulu. Bagi guru-guru yang telah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan, mereka mungkin tidak mempunyai masalah dalam menguasai setiap topik yang diajar. Menurut Tengku Zawawi, Ramlee & Abdul Razak (2009), guru berpengalaman dan mempunyai pengetahuan matematik yang tinggi, memiliki pengetahuan pedagogi isi kandungan yang baik.
Selain itu, guru lemah konsep matematik juga menjadi punca kepada jurang pencapaian pelajar dalam matematik. Dalam mencapai matlamat kurikulum dan objektif yang telah ditetapkan, guru memainkan peranan yang amat penting dalam menyampaikan isi kandungan yang telah dinyatakan dalam standard kurikulum (Aini Hayati et.al, 2013). Dalam hal ini, guru bukan opsyen matematik dikaitkan. Mereka menghadapi masalah dalam menguasai konsep matematik kerana mereka bukanlah mempelajari kursus matematik semasa pengajian ijazah mereka.
b)   Jangkaan Guru
Faktor kedua yang mempengaruhi jurang pencapaian matematik pelajar sekolah rendah atau sekolah menengah adalah jangkaan guru. Menurut Kamus Dewan, jangkaan ditakrifkan sebagai apa-apa yg dijangka, dugaan dan sang­kaan. Jangkaan guru boleh ditakrifkan sebagai tanggapan guru terhadap para pelajarnya. Menurut Sharifah Alawiyah (1987), terdapat beberapa jenis atau bentuk pengaliran dan pembezaan yang biasa dilaksanakan di sekolah atau bilik darjah dalam sistem pendidikan sesebuah negara, iaitu pengaliran, bukan pengaliran, pengaliran berband (banding) dan pengaliran tersembunyi, pengaliran berset (setting) dan pengaliran bergred (grading).
1.      Pengaliran Tersembunyi
Pengaliran jenis ini ialah tidak berdasarkan penilaian kebolehan, tingkah laku dan latar belakang keluarga sebaliknya ia berdasarkan kriteria atau pandangan guru yang tersendiri. Biasanya pada peringkat murid-murid yang baru masuk ke sekolah rendah atau Darjah Satu, guru telah membuat pemilihan berdasarkan tingkah laku atau pandangan serta kepercayaan guru sendiri. Kumpulan tersebut biasanya dikekalkan untuk beberapa tahun.
2.      Pengaliran Berset (Setting)
Mengumpulkan murid berdasarkan kebolehan mata pelajaran tertentu. Misalnya murid yang mendapat pencapaian yang baik dalam mata pelajaran Matematik dan Sains dalam PMR bolehlah diletakkan ke kelas aliran sains. Di Malaysia pengaliran banyak bermula pada Tingkatan Empat.
3.      Pengaliran Bergred (Grading)
Pengumpulan jenis ini ialah berdasarkan kemajuan dan pencapaian pelajar dan bukan berdasarkan ukuran kebolehan atau umur. Ia banyak dilaksanakan di Amerika dan Rusia.
            Jangkaan guru yang tinggi dan positif akan membantu pelajar menghadapi persekolahan mereka dengan penuh minat dan bersemangat untuk berjaya. Keinginan dan motivasi yang tinggi lahir daripada sikap yang positif (Sufean, 1996). Apabila seseorang pelajar mendapat jangkaan yang tinggi dan positif dari seorang guru, mereka beranggapan bahawa guru menaruh harapan yang tinggi kepadanya dan sebagai seorang pelajar mereka tidak mahu menghampakan guru mereka. Menurut kajian yang dijalankan oleh (Wan Zah et.al, 2009), persepsi pelajar kelas lemah adalah agak negatif jika dibandingkan dengan pelajar kelas pandai terhadap jangkaan guru terhadap mereka. Bagi pelajar, jika guru sudah beranggapan rendah terhadap kemampuan mereka, secara automatiknya tahap motivasi mereka menurun dan membuatkan mereka tidak mempunyai semangat untuk berjaya. Mereka beranggapan tidak ada gunanya mereka berjaya sedangkan guru awal-awal lagi memandang rendah akan kebolehan mereka.
c)      Kurang Berpengetahuan
Faktor ketiga yang membawa kepada guru kurang realistik adalah disebabkan oleh kurang pergetahuan dari guru tersebut. Pengetahuan yang rapi sebelum memulakan sesuatu kerja amat dititikberatkan untuk memastikan hasil yang berkualiti dan mencapai objektif serta sasaran yang ditetapkan. Begitu juga dengan tanggungjawab sebagai seorang guru. Sebelum memulakan pengajaran, seorang guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Di dalam RPH ini seorang guru akan merancang kaedah, strategi dan teknik yang akan digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran tajuk berikut. Pelbagai kemungkinan boleh terjadi sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah ataupun makmal.
            Segala masalah yang bakal timbul sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran ini akan mengganggu kelancaran pengajaran guru. Sebagai langkah pencegahan, guru tersebut perlu mempersiapkan diri sebelum memulakan tugas mengajar. Menurut (Mok, S.S. 2002), persediaan mengajar mempunyai tiga komponen penting iaitu komponen persediaan, penyampaian dan penutup. Oleh itu, guru itu sendiri perlu mempersiapkan diri dengan teknik bagaimana yang mereka perlu guna untuk menarik minat murid meneruskan pembelajaran, cara penyampaian yang digunakan perlulah bersesuaian dengan tahap kebolehan dan pengetahuan sedia ada mereka serta kaedah penutup sesi pembelajaran yang bagaimana ingin digunakan oleh guru.
            Seterusnya, kita kupas isu yang berkaitan dengan persediaan isi kandungan dan bahan pengajaran. Menurut Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang dilakukan oleh para pensyarah maktab-maktab perguruan di Malaysia mendapati sebilangan besar guru-guru tetap dan kekal mengamalkan gaya pengajaran sehala iaitu “chalk and talk”. Menurut Mohd Majib Konteng (1997), kenyataan ini disokong oleh Jemaah Nazir Sekolah pada tahun 1992 di mana mereka menjelaskan bahawa guru masih kekal dengan peranan lama mereka sebagai pengajar dan masih lagi membahaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke arah peperiksaan semata-mata.  Hal ini berlaku disebabkan guru malas untuk membuat persediaan dan perancangan dalam pengajaran yang bakal berlangsung terutamanya guru perempuan yang sudah berkeluarga. Segelintir dari mereka sibuk dalam menguruskan rumah tangga sehingga tiada masa untuk memikirkan kaedah pengajaran.
            Selain itu, terdapat juga segelintir guru veteran yang tidak suka akan perubahan kerana bagi mereka kaedah menggunakan papan hitam ini merupakan kaedah yang terbaik. Sedangkan jika dilihat pada sikap dan penerimaan murid pada masa kini, mereka lebih gemarkan kaedah pembelajaran yang mencabar dan menarik. Tidak menjadi satu kesalahan jika guru ingin menggunakan kaedah “talk and chalk” tetapi bagaimana teknik penyampaian mereka adakah bersesuaian dengan peringkat umur murid? Adakah bersesuaian dengan masa? Dan yang paling penting adakah murid dapat menerima ilmu yang kita sampaikan?. Bagi golongan guru yang sudah berpengalaman mungkin mereka sudah arif tentang perkaitan antara tajuk yang diajar dengan kehidupan seharian tetapi adakah pengetahuan mereka selaras dengan pembangunan negara?. Sebagai contoh, jika seorang murid bertanya apakah kepentingan untuk mereka belajar tajuk pembezaan dan pengamiran dalam hidup mereka? Jika seorang guru yang kurang pengetahuan mungkin akan memberi alasan yang tidak dapat membuktikan kepentingan pembelajaran tajuk pembezaan dan pengamiran dalam kehidupan mereka. Oleh itu, murid hanya akan belajar untuk lulus peperiksaan bukan untuk diaplikasikan dan akan melupakan tajuk berikut setelah tamat peperiksaan. Oleh itu, kurang persediaan dari segi isi kandungan dan bahan pengajaran ini akan menyebabkan guru-guru tersebut tidak dapat membawa murid berfikir di luar kotak serta tidak dapat mengaitkan pembelajaran mereka dengan kehidupan seharian.
            Jika difikirkan kembali, apakah yang dilakukan oleh guru sehingga tiada masa memikirkan persediaan mengajar sebelum mengajar? Ibu bapa mungkin mengatakan guru makan gaji buta tetapi sedarkah ibu bapa bahawa tugas seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu di kelas?. Pada hakikatnya, guru juga memikul tugas bukan akademik seperti tugas-tugas pengkeranian, tugas-tugas khas dan tugas kokurikulum. Merujuk kepada akhbar bertarikh 1 April 2010 keratan yang bertajuk ‘Seksa Jadi Guru’. Berdasarkan artikel ini, dikatakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah membuat aduan mengenai beban tugas guru kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 20 Mac 2010.
            Berdasarkan keratan akhbar tersebut, Jemali Paiman selaku Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia menyatakan tugas guru kelas adalah yang paling teruk contohnya guru perlu menyediakan maklumat peribadi murid, mengutip yuran, sediakan buku kedatangan murid, dapatkan maklumat murid dan keluarga serta menjadi pegawai kesihatan untuk merekodkan maklumat kesihatan. Berdasarkan artikel ini juga dapat dirumuskan bahawa isu beban tugas guru perlu dipandang serius bukan sahaja oleh pihak kerajaan, malahan semua pihak termasuk masyarakat. Ini kerana, beban tugas yang semakin bertambah dan kian mencabar telah menyebabkan prestasi seorang guru terjejas dan ini secara tidak langsung menjejaskan prestasi murid-murid di sekolah.

d)           Pendekatan yang tidak sesuai
            Faktor seterusnya yang boleh membawa kepada guru kurang realistik adalah dari segi pendekatan yang digunakan. Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Apabila melihat kepada konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Guru yang mengajar mestilah terlebih dahulu mengenal pasti latar belakang murid. Ia akan membantu guru untuk memilih dan merancang pengajaran dengan menggunakan pendekatan yang sesuai.
            Selain itu, kaedah pengajaran adalah merupakan satu proses guru mengajar di mana ia merangkumi cara dan strategi yang digunakan untuk mengajar. Guru akan menggunakan sama ada pendekatan penyampaian maklumat iaitu berpusat guru atau pendekatan perubahan konsep iaitu berpusatkan pelajar. Kaedah pembelajaran yang dipilih juga akan mempengaruhi strategi yang akan digunakan oleh guru atau murid bagi memperoleh maklumat yang berlainan dan menyesuaikan diri dalam situasi pembelajaran yang berlainan.
            Pendekatan penyampaian maklumat tidak menggalakkan murid memberi pendapat mereka sendiri walaupun berkemungkinan besar mempunyai lebih pengetahuan sedia ada dalam diri mereka melalui pemerhatian atau pengalaman sendiri. Maklumat yang disampaikan pula bergantung sepenuhnya pada guru. Jika luas pengetahuan guru mengenai tajuk tersebut maka luas dan panjang lah penerangan guru. Pendekatan berpusatkan guru boleh di ibarat guru memberi syarahan dan murid mendengarnya di meja masing-masing. Situasi sebegini akan menimbulkan kebosanan dan hilang tumpuan murid di dalam kelas.
            Walaupun sudah sedia maklum dengan kelebihan dan kekuatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid, guru pada masa kini masih menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan guru sedangkan pendekatan yang disarankan adalah pendekatan berpusatkan murid sejajar dengan National Council for Teaching of Mathematics (NCTM, 2000) yang menyatakan pengajaran yang berkesan memerlukan persekitaran yang kondusif, menggalakkan murid berfikir, menyoal dan menyelesaikan masalah. Jika tidak menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar, apakah kepentingan disediakan makmal Matematik di sekolah? Apakah kegunaan makmal komputer di sekolah?
            Seperti mana yang dapat saya perhatikan semasa menjalani praktikal, kebanyakan guru Matematik tidak memberi peluang kepada murid untuk berfikir di luar kotak. Pembelajaran yang dijalankan hanya merujuk dan berpandukan buku teks dan buku latihan. Ia disebabkan oleh sebilangan mereka berpendapat bahawa murid akan menjalani ujian PBS dan jika tidak mencapai band, murid dibolehkan untuk mengulangi ujian tersebut sehingga murid tersebut mencapai band yang disasarkan.
            Pendekatan berpusatkan pelajar bukan sahaja tertumpu pada penggunaan teknologi tetapi boleh juga diwujudkan dengan penggunaan objek maujud. Kita ambil contoh pada tajuk pepejal geometri, guru boleh meminta pelajar duduk di dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti seperti melukis bentangan bagi kubus dan kuboid. Seterusnya meminta mereka untuk membentuk kubus dan kuboid serta mengenal pasti jumlah bucu, sisi dan garisan simetri. Pendekatan berpusatkan pelajar ini sememangnya memudahkan murid untuk memahami tetapi memerlukan tahap kerajinan yang tinggi di kalangan guru.


            Kesimpulannya, faktor-faktor seperti kurang persediaan guru untuk mengajar akan menyebabkan guru tidak menggunakan pendekatan yang sesuai sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan. Ia juga berkait rapat dengan tugas-tugas sampingan sebagai guru. Guru yang di tugaskan untuk mengajar mata pelajaran bukan dari bidang mereka akan menimbulkan masalah kepada mereka dan murid. Selain itu, guru perlu sentiasa mengikuti perkembangan teknologi supaya dapat menarik minat dan kecenderungan murid untuk mempelajari mata pelajaran khususnya mata pelajaran Matematik yang memerlukan penguasaan konsep yang betul dan tepat.  


KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) UNTUK PANDUAN SEKOLAH










NUMERASI

PENGENALAN NUMERASI


Numerasi adalah keupayaan atau kebolehan atau kemampuan melakukan pengiraan asas, memahami sistem nombor, menyelesaikan masalah secara kuantitatif dan memahami data yang dikumpulkan serta dapat diaplikasikan dalam bentuk jadual, graf dan gambar rajah (National Council of Teachers of Mathematics, 2012). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), numerasi dirujuk sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor sehingga seribu, serta cekap dalam operasi asas matematik seperti menambah, menolak, darab dan bahagi serta dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang (Projek Kia2M KPM, 2009). Mengikut Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010) pula, numerasi ialah keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.



KENANGAN SEMASA TEMU RAMAH MURID YANG TERLIBAT DENGAN PROGRAM NUMERASI

PENGALAMAN MENGAJAR MURID TAHUN 4 DENGAN MENGEMUKAKAN BEBERAPA SOALAN KBAT 

AKTIVITI KUMPULAN TURUT DIJALANKAN BAGI MENGALAKKAN MURID BERKONGSI PENDAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN BERSAMA KUMPULAN MASING-MASING
SMILE!!!


PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME


Pendekatan konstruktivisme dalam pendidikan merupakan satu inovasi tentang gaya pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Konstruktivisme menekankan kepada peranan murid dan guru sebagai pembimbing sahaja. Kelebihan pendekatan ini ialah murid berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaharu. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaharu. Perkaitan ini dibina sendiri oleh murid. Hal ini kerana menurut teori kontruktivisme ini, konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau pengalaman baru. Menurut Subadrah Nair dan Malar Muthiah (2005), menjelaskan bahawa seseorang dapat membina konsep dalam struktur kognitifnya dengan pengetahuan yang sedia ada padanya dan proses ini dikenali sebagai “accretion”. Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana murid digalakkan membina konsep sendiri dan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Dalam hal ini, sekaligus murid dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana teori ini terbukti sangat dominan dalam pendidikan sekarang kerana menyediakan perubahan paradigma kepada pendekatan yang lebih berasaskan kognitif berbanding pendekatan tradisional yang lebih kepada behaviourisme. Kajian yang dilakukan oleh Peter, Abiodun dan Jonathan (2010), menunjukkan bahawa pendekatan konstruktivisme memberi kesan yang positif kepada murid dalam bidang akademik.Teori konstruktivisme menurut Abdul Jalil dan Bahtiar (2005) pula menyatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa-apa yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka menjelaskan bahawa melalui prinsip konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang dilaluinya. Manakala menurut Vighnarajah, Wong Su Luan dan Kamariah (2008), mendapati guru yang menggunakan pendekatan teori konstruktivisme dapat mengaktifkan murid dalam penglibatan proses pengajaran dan pembelajaran.Pengajaran secara konstruktivisme bermaksud pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu itu tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia (Suriaty dan Nor Hazian, 2002). Konstruktivisme juga merupakan satu kepercayaan bahawa pembelajaran bermula dari pengetahuan dan pengalaman yang disimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid. Dalam proses pembelajaran, maklumat baru diproses dan diserapkan untuk dijadikan sebahagian daripada struktur kognitif di dalam minda.
Promote

Trends both in TIMSS and PISA provide evidence that Malaysian students continuing difficulty in solving mathematical tasks which involve advanced levels of thinking such as interpretation and synthesis. TI-Nspire CX-Based Learning module was designed to help secondary school students to enchance their higher order thinking skills. Through this learning enviroment, students will develop a greater understanding of the mathematical concepts and ideas and enhance their creative thinking, critical thinking and mathematical thinking abilities such as mathematical problem solving, reasoning, communication, connection and representation. The tasks in the module provide students with opportunities to use mathematical tools systematically in solving problems and be engaged in investigation and exploration of patterns and relationship to help them enchance their reasoning abilities and communication skills as well as to model real world situation mathematically. the findings from the impact study on the usage of this modul have provided valid evidence that integrating the use of TI-Nspire CX-Based Learning can be beneficial for students as this intructional strategy has proven to improve students performance in learning mathematics.
Sebelum presentation bermula

Buku rujukan untuk menggunakan Graphics Calculator

Graphics Calculator
PRICE: RM 650

SELEPAS SELESAI PRESENT DI PENCIPTA BERSAMA PROF DATO NORAINI IDRIS. DAPAT JUGA TIMBA PENGALAMAN


BEBERAPA STUDENTS DARI UNIVERSITI LAIN TURUT BERMINAT DENGAN GRAPHICS CALCULATOR

Tahniah!!!!!!!... Dapat GOLD untuk PENCIPTA 2015

GOLD AWARD


Monday, 5 October 2015

SUDUT DAN GARIS TINGKATAN 1

Tajuk : Bab 9 Sudut dan Garis
Kelas : 1 Maimunah
Objektif Pembelajaran

a) Tentukan ciri-ciri sudut dan garis dengan betul
b) Kenal pasti sudut tirus, sudut tegak, sudut cakah dan sudut refleks
c) Bina sudut dengan menggunakan protraktor

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
a) Menentukan ciri-ciri sudut dan garis dengan betul
b) Mengenal pasti sudut tirus, sudut tegak, sudut cakah dan sudut refleks
c) Membina sudut dengan menggunakan protraktor






Aktiviti 1: Peta Minda yang dibuat bersama ahli kumpulan




                                      Aktiviti 2: Perbincangan bersama ahli kumpulan

KEM SEMINAR SPM TINGKATAN 5 SABK LIL BANAT, KAMUNTING TAIPING, PERAK







Statistik Tingkatan 4

Tajuk : Statistik Tingkatan 4
Kelas : 4 Maimunah
Objektfi Pembelajaran

a) Mengenali konsep dalam statistik
b) Kegunaan statistik dalam kehidupan seharian

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat
a) Menghuraikan konsep dalam statistik
b) Kreativiti kegunaan statistik dalam kehidupan seharian
                                 






Pembentangan Kumpulan 1

 
Pembentangan Kumpulan 1

Pembentangan Kumpulan 2

Pembentangan Kumpulan 2

Pembentangan Kumpulan 3