Tuesday, 8 December 2015
PEMBELAJARAN ABAD KE-21
NOTA RUJUKAN!!!!!!!!!!!!
http://www.sdbl.edu.my/sdbl_edu_my/media/File/2015/BAHAN%20LDP/1/KELAS%20ABAD%20KE-21.pdf
Monday, 7 December 2015
SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Sistem Pendidikan Matematik Dan
Matlamatnya Sebelum Kedatangan British (1400-1786)
Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem
pendidikan orang Melayu adalah berlandaskan semata-mata kepada pelajaran kitab
suci al-Quran. Kanak-kanak melayu pada masa itu biasanya mengkaji aya-ayat
Quran daripada imam di surau atau di masjid. Mengikut Wilkinson (1957):
“Murid di
pondok mula belajar perkataan-perkataan arab dan setelah menguasainya, meraka
akan terus mempelajari dengan cara menghafaz huruf abjad Arab supaya menjadi
sebagai panduan membaca doa dan teks arab. Biasanya, mereka belajar tiga
pelajaran sehari, setiap pelajaran mengambil masa satu jam. Pelajaran pertama
biasanya dimulakan selepas sembahyang subuh; kedua, selepas sembahyang zuhur
dan satu lagi selepas senja. Pada masa yang lain, murid akan menolong gurunya
menguruskan hal-hal rumah dan bekerja di kebun atau sawah. Melalui kerja-kerja
itu, murid-murid secara tidak langsung belajar kemahiran-kemahiran yang
dikehendakinya supaya dapat menjalankan kerja dalam kehidupan harian mereka.
Sungguhpun guru tidak menerima sebarang gaji daripada pengajarannya, ibu bapa
murid biasanya membekalkan tikar dan bantal, periuk dan beras untuk gurunya”.
Berdasarkan kenyataan diatas,
pendidikan masyarakat Melayu pada zaman sebelum kedatangan British boleh
dirumuskan bahawa aktiviti pelajaran adalah terhad kepada membaca Quran,
mengingat dan menghafaz doa serta mempelajari prinsip-prinsip agama Islam. Oleh
sebab itu, pada waktu ini, pendidikan matematik masih belum diperkenalkan lagi
di Tanah Melayu sehinggalah negara mula dijajahi oleh pihak British.
Sistem Dan Struktur Pendidikan
Semasa Penjajahan British (1786-1956)
Perkembangan sekolah vernakular Melayu bermula pada
tahun 1786 sehingga 1941 iaitu pada abad ke-19. Pada permulaannya, sekolah
vernakular melayu hanya dibuka untuk murid-murid lelaki sahaja kerana pada
ketika itu, ibu bapa menentang kuat desakan menghantar anak perempuan mereka ke
sekolah. Bagaimanapun, kejayaan rancangan Skinner dalam usaha penubuhan sekolah
vernakular Melayu sejak tahun 1871 telah mendorong pemerintahan British
menubuhkan sekolah bagi kanak-kanak perempuan. Subjek-subjek pelajaran yang
diajarkan di sekolah vernakular Melayu adalah berubah dari semasa ke semasa.
Misalnya, di sekolah Melayu yang didirikan mengikut Skinner pada kurun ke-19,
diantara subjek-subjek pelajaran yang diajar kepada murid ialah bacaan,
mengarang, ejaan, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan ilmu alam. Namun
begitu, sekolah vernakular melayu terbatas hingga darjah empat sahaja.
Kemudian sekolah vernakular Cina yang pertama mula
didirikan di Kuala Lumpur adalah pada tahun 1900. Kurikulum sekolah vernacular
Cina adalah berdasarkan pelajaran klasik lama iaitu menghafaz klasik lama,
belajar kaligraf dan ilmu-ilmu kira dengan menggunakan abakus. Kemudian
kurikulum baru mula diperkenalkan di sekolah moden cina pada awal kurun ke-20.
Selain daripada pelajaran klasik lama, murid-murid juga belajar sejarah, ilmu
alam, sains moral, bahasa, ilmu hisab, lukisan, menyanyi dan latihan jasmani.
Bagi sekolah vernakular Tamil, pada peringkat awal pembinaannya mengalami
banyak kekurangan kerana kedatangan murid tidak tetap dan kadar keciciran juga
tinggi.
Untuk sekolah Inggeris di Tanah Melayu yang terulung
pada masa itu dibuka di Pulau Pinang iaitu Penang Free School. Pembinaan
sekolah itu adalah atas inisiatif Rev R.S Hutchings iaitu ketua Paderi
Negeri-Negeri Selat. Pada 6 Disember 1816, Hutchings mengumumkan rancangan dan
kebaikan mengenai penubuhan Penang Free School dihadapan masyarakat umum.
Beliau menerangkan kanak-kanak di sekolah ini akan diajar membaca, menulis
bahasa Inggeris serta hukum-hukum dalam membuat kira-kira.
Kesimpulannya, sejarah pendidikan matematik di Tanah
Melayu atau Malaysia bermula apabila British mula menjajah tanah Melayu dan
menubuhkan beberapa sekolah bagi mengajar subjek matematik walaupun pada masa
itu, guru-guru yang mendidik subjek matematik masih belum menguasai subjek ini
apabila mengajar murid-murid.
Latihan Guru
Disebabkan pembelajaran matematik sangat penting
pada ketika itu, pada tahun 1900 Kolej Latihan Melayu di Melaka. Kolej Latihan
Melayu Melaka menawarkan kursus latihan selama 2 tahun. Buat kali pertama,
seramai 24 orang guru pelatih dipilih mengikut kursus ini. Selain daripada belajar
Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, Ilmu Hisab, Ilmu Alam dan Teknik Menganyam,
guru pelatih juga di kehendaki menjalani latihan mengajar di sekolah yang
berhampiran. Kemudian, Maktab Penguruan Sultan Idris yang ditubuhkan pada tahun
1922 di Tanjung Malim, Perak, merupakan Maktab Penguruan yang lebih sempurna
serta bersejarah. Tujuan Maktab Penguruan ini ditubuhkan ialah bagi
mengumpulkan tenaga pengajar yang mahir terutamanya bagi subjek matematik. Bagi
guru pelatih di Kolej Latihan Melayu, Johor Bharu mengikuti kursus Rahsia
Mengajar, Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Lukisan, Membaca, Ilmu Bahasa serta Pelajaran
Agama.
Raffles College
Raffles College ditubuhkan pada tahun 1919 adalah
pelaksanaan cadangan Jawatankuasa Firmstones selepas mengkaji Laporan Jawatankuasa
Maxwell yang ditugaskan untuk mengkaji penubuhan institusi pelajaran tinggi
pada tahun 1918. Tujuan-tujuan menubuhkan Raffles College adalah bagi memenuhi
keperluan melatih guru serta melatih penuntut-penuntut dalam bidang teknologi
dan sains. Syarat memasuki Raffles College pada masa itu ialah lulus
Peperiksaan Cambridge Seberang Laut dengan memperoleh kepujian dalam Bahasa
Inggeris dan tiga mata pelajaran lain. Untuk mendapat Sijil Diploma dari
Raffles College, penuntut harus belajar tiga mata pelajaran yang dipilih
daripada Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Kimia, Fizik, Ilmu Alam, Ekonomi
dan Pendidikan.
Pembinaan Semula Sistem
Pendidikan Negara
Selepas kembalinya tentera British pada bulan Ogos,
1945, salah satu tugas kerajaan ialah membina
semula sistem pendidikan di Tanah Melayu. Rancangan Cheeseman merupakan
percubaan pertama untuk penyusunan semula polisi pendidikan di bawah
pentadbiran Malayan Union. Kemudian tubuh Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu,
Ordinan Pelajaran 1952, dan Laporan Razak. Keempat-empat ini ditubuhkan bagi
memperbaharui dasar pendidikan di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, Laporan
Razak telah digunakan sebagai mengkaji Dasar Pendidikan Persekutan Tanah
Melayu. Laporan Razak dibentangkan dan seterusnya diluluskan dalam Majlis
Perundangan Persekutuan pada bulan April, 1957; kemudian dikuatkuasakan sebagai
Ordinan Pelajaran 1957. Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana
perancangan pendidikan yang telah dirangka untuk semua kaum dengan corak
identiti kebangsaan.
Perkembangan Pendidikan Awal
Kemerdekaan Sehingga 1970-an
Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak
Pelajaran telah dibentuk dengan melantik Abdul Rahman Talib, yang ketika itu
menjadi Menteri Pelajaran Malaya, sebagai pengerusi. Tujuan perlantikan jawatankuasa
tersebut ialah mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang
telah dicadangkan dalam Laporan Razak serta kesan-kesan dalam perlaksaannya.
Pada Laporan Rahman Talib, terdapat rancangan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan.
Semua murid di bawah sistem ini dikehendaki
mempelajari subjek pelajaran asas termasuklah matematik yang merupakan
subjek asas yang perlu dipelajari oleh murid-murid.
Bagi menambahkan bilangan guru yang mengajar subjek
matematik, pada tahun 1963, sebuah jawatankuasa dilantik untuk mengkaji
kursus-kursus pengajian serta sukatan latihan perguruan. Jawatankuasa telah
mencadangkan supaya suatu Program Integrasi dirancang secara menyeluruh untuk
melatih guru bagi sekolah menengah rendah. Mengikut Program Integrasi ini, keenam-enam
Maktab Perguruan hanya akan melatih guru-guru dalam subjek tertentu. Bagi guru
yang mengajar subjek matematik dan sains, mereka ditempatkan di Maktab
Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.
Sejak Sememanjung Malaysia mencapai kemerdekaannya
pada tahun 1957, program meningkatkan prestasi guru telah diberikan keutamaan
dalam rancangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh sebab itu, jawatankuasa
dibentuk untuk merancang Khursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru sementara
dan Kursus Tambahan bagi guru-guru terlatih. Dalam Perkhidmatan yang
dicadangkan oleh Jawatankuasa antaranya meliputi kursus tambahan untuk
guru-guru terlatih yang akan mengajar subjek-subjek dalam kurikulum baru
seperti Sains Paduan, Sains Nuffield, Matematik Moden dan lain-lain.
Seterusnya, sebagaimana yang telah disebutkan,
Malaysia telah menubuhkan 3 buah universiti baru diantara tempoh 1969-1971.
Terdahulu daripada itu, Kolej RIDA telah ditubuhkan pada tahun 1956 dengan
tujuan melatih Bumiputera dalam bidang perniagaan. Pada masa itu, Kolej RIDA
adalah dibawah pengelolaan Penguasa Pembangunan Luar Bandar dan Perindustrian
(RIDA). Pada tahun 1967, Kolej Rida bertukar kepada Kolej MARA. Kursus yang
ditawarkan oleh Kolej MARA ialah Kursus Perakaunan, Perundangan Sains Gunaan,
Seni Lukis dan Rekabentuk, Komputer Sains dan Matematik, Kejuruteraan,
Pertanian, Seni Bina dan Pengukuran serta Kursus Pra-Universiti.
Sistem Pendidikan Selepas 1969
Perkembangan pendidikan merupakan usaha utama yang
boleh meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara sebab pendidikan matematik sangat
penting diajar di sekolah-sekolah kerana di bawah Rancangan Malaysia Pertama
ada menjelaskan dapat memperbaiki taraf hidup, memenuhi keperluan dalam
kehidupan, memacu kearah teknologi. Di bawah Rancangan Malaysia kedua lebih
kepada memperbaiki mutu pelajaran untuk membentuk satu masyarakat yang maju
berasaskan kepada sains dan teknologi moden. Selain itu, program Sains Panduan
dan Matematik Moden turut diperkenalkan sebagai sukatan baru untuk membina satu
masyarakat yang maju berasaskan kepada sains dan teknologi moden.
GURU KURANG REALISTIK
a) Kurang
Berpengetahuan
Guru
kurang berpengetahuan merupakan salah satu daripada faktor utama guru kurang
realistik. Menurut Kamus Dewan, pengetahuan yang diterbitkan dari kata kerja
tahu disinonimkan dengan ilmu, kepandaian, kebijakan, kebijaksanaan,
kepakaran, kemahiran, kepintaran, keahlian, pelajaran dan pendidikan. Guru
kurang pengetahuan boleh didefinisikan sebagai guru yang kurang ilmu,
kepandaian, kepakaran, dan kemahiran dalam sesuatu bidang terutamanya dalam
bidang pendidikan yang diceburi mereka. Menurut Aziz Omar, Sabri Ahmad &
Tengku Azwawi (2006), adakalanya guru yang mengajar matematik merupakan mereka
yang kurang berkelayakan dan tidak berpengalaman dalam bidang matematik.
Guru kurang pengetahuan pula berpunca dari pelbagai
aspek. Salah satu daripadanya adalah guru bukan opsyen. Dewasa ini, terdapat
lambakan siswazah yang masih lagi menganggur. Apabila tidak mendapat kerja yang
berkaitan dengan opsyen yang dipilih, mereka mengambil keputusan untuk
mengambil Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) dengan harapan mereka akan
dapat menjadi guru dengan hanya setahun pengajian. Di sini timbul isu guru
kurang berpengetahuan dari segi pedagogi walaupun mereka mahir dari segi
kandungan subjek tersebut. Pengetahuan pedagogi dapat membantu guru mengajar
dengan berkesan. Pengajaran dapat berjalan dengan baik dan pelajar pula
mendapat manfaat daripada pengajaran itu (Esah Sulaiman, 2004). Asas pedagogi
yang kurang boleh menyebabkan pelajar tidak tertarik dan faham dengan
pengajaran yang dilakukan guru.
Di sekolah, guru-guru baru diberikan tanggungjawab
untuk mengajar subjek yang bukan opsyen asalnya. Suka atau tidak, guru terpaksa
memikul tanggungjawab yang diberikan kerana ia telah ditetapkan kepadanya.
Masrizal (2003) dalam kajiannya menunjukkan bahawa akan timbul
masalah
kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang bukan pengkhususannya.
Kesannya guru tidak dapat menjelaskan konsep dengan baik dan sempurna serta
tidak dapat membuatkan pelajar mengaitkan apa yang mereka pelajari dengan
kehidupan seharian. Guru bukan opsyen juga akan mengajar dengan sambil lewa
memandangkan subjek yang diajar bukan bidang yang digemarinya. Mereka juga
kurang bersedia memandangkan mereka kurang pengetahuan tentang konsep dan
pedagogi.
Guru kurang menganalisis kandungan setiap topik juga
menjadi punca guru kurang pengetahuan. Bagi guru-guru baru, mereka mengambil
masa yang agak lama untuk memantapkan diri mereka dengan kandungan bagi setiap
topik yang diajar. Apabila di dalam bilik darjah, terdapat beberapa soalan
berkaitan tidak dapat dijawab terus oleh guru malah guru mengambil masa
sehingga P&P yang seterusnya untuk menjawab soalan tersebut kerana perlu
membuat rujukan terlebih dahulu. Bagi guru-guru yang telah lama berkhidmat
dalam bidang pendidikan, mereka mungkin tidak mempunyai masalah dalam menguasai
setiap topik yang diajar. Menurut Tengku Zawawi, Ramlee & Abdul Razak
(2009), guru berpengalaman dan mempunyai pengetahuan matematik yang tinggi,
memiliki pengetahuan pedagogi isi kandungan yang baik.
Selain itu, guru lemah konsep matematik juga menjadi
punca kepada jurang pencapaian pelajar dalam matematik. Dalam mencapai matlamat
kurikulum dan objektif yang telah ditetapkan, guru memainkan peranan yang amat
penting dalam menyampaikan isi kandungan yang telah dinyatakan dalam standard kurikulum
(Aini Hayati et.al, 2013). Dalam hal
ini, guru bukan opsyen matematik dikaitkan. Mereka menghadapi masalah dalam
menguasai konsep matematik kerana mereka bukanlah mempelajari kursus matematik
semasa pengajian ijazah mereka.
b) Jangkaan
Guru
Faktor kedua yang mempengaruhi jurang pencapaian
matematik pelajar sekolah rendah atau sekolah menengah adalah jangkaan guru.
Menurut Kamus Dewan, jangkaan ditakrifkan sebagai apa-apa yg dijangka, dugaan
dan sangkaan. Jangkaan guru boleh ditakrifkan sebagai tanggapan guru terhadap
para pelajarnya. Menurut Sharifah Alawiyah (1987), terdapat beberapa jenis atau
bentuk pengaliran dan pembezaan yang biasa dilaksanakan di sekolah atau bilik
darjah dalam sistem pendidikan sesebuah negara, iaitu pengaliran, bukan
pengaliran, pengaliran berband (banding) dan pengaliran tersembunyi, pengaliran
berset (setting) dan pengaliran bergred (grading).
1. Pengaliran
Tersembunyi
Pengaliran
jenis ini ialah tidak berdasarkan penilaian kebolehan, tingkah laku dan latar
belakang keluarga sebaliknya ia berdasarkan kriteria atau pandangan guru yang
tersendiri. Biasanya pada peringkat murid-murid yang baru masuk ke sekolah
rendah atau Darjah Satu, guru telah membuat pemilihan berdasarkan tingkah laku
atau pandangan serta kepercayaan guru sendiri. Kumpulan tersebut biasanya
dikekalkan untuk beberapa tahun.
2. Pengaliran
Berset (Setting)
Mengumpulkan
murid berdasarkan kebolehan mata pelajaran tertentu. Misalnya murid yang
mendapat pencapaian yang baik dalam mata pelajaran Matematik dan Sains dalam
PMR bolehlah diletakkan ke kelas aliran sains. Di Malaysia pengaliran banyak
bermula pada Tingkatan Empat.
3. Pengaliran
Bergred (Grading)
Pengumpulan
jenis ini ialah berdasarkan kemajuan dan pencapaian pelajar dan bukan
berdasarkan ukuran kebolehan atau umur. Ia banyak dilaksanakan di Amerika dan
Rusia.
Jangkaan guru yang tinggi dan
positif akan membantu pelajar menghadapi persekolahan mereka dengan penuh minat
dan bersemangat untuk berjaya. Keinginan dan motivasi yang tinggi lahir
daripada sikap yang positif (Sufean, 1996). Apabila seseorang pelajar mendapat
jangkaan yang tinggi dan positif dari seorang guru, mereka beranggapan bahawa
guru menaruh harapan yang tinggi kepadanya dan sebagai seorang pelajar mereka
tidak mahu menghampakan guru mereka. Menurut kajian yang dijalankan oleh (Wan
Zah et.al, 2009), persepsi pelajar
kelas lemah adalah agak negatif jika dibandingkan dengan pelajar kelas pandai
terhadap jangkaan guru terhadap mereka. Bagi pelajar, jika guru sudah
beranggapan rendah terhadap kemampuan mereka, secara automatiknya tahap
motivasi mereka menurun dan membuatkan mereka tidak mempunyai semangat untuk
berjaya. Mereka beranggapan tidak ada gunanya mereka berjaya sedangkan guru
awal-awal lagi memandang rendah akan kebolehan mereka.
c) Kurang
Berpengetahuan
Faktor ketiga yang membawa kepada guru kurang
realistik adalah disebabkan oleh kurang pergetahuan dari guru tersebut.
Pengetahuan yang rapi sebelum memulakan sesuatu kerja amat dititikberatkan
untuk memastikan hasil yang berkualiti dan mencapai objektif serta sasaran yang
ditetapkan. Begitu juga dengan tanggungjawab sebagai seorang guru. Sebelum
memulakan pengajaran, seorang guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH). Di dalam RPH ini seorang guru akan merancang kaedah, strategi dan
teknik yang akan digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran tajuk berikut.
Pelbagai kemungkinan boleh terjadi sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
sama ada di dalam bilik darjah ataupun makmal.
Segala masalah yang bakal timbul
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran ini akan mengganggu kelancaran
pengajaran guru. Sebagai langkah pencegahan, guru tersebut perlu mempersiapkan
diri sebelum memulakan tugas mengajar. Menurut (Mok, S.S. 2002), persediaan
mengajar mempunyai tiga komponen penting iaitu komponen persediaan, penyampaian
dan penutup. Oleh itu, guru itu sendiri perlu mempersiapkan diri dengan teknik
bagaimana yang mereka perlu guna untuk menarik minat murid meneruskan
pembelajaran, cara penyampaian yang digunakan perlulah bersesuaian dengan tahap
kebolehan dan pengetahuan sedia ada mereka serta kaedah penutup sesi
pembelajaran yang bagaimana ingin digunakan oleh guru.
Seterusnya, kita kupas isu yang
berkaitan dengan persediaan isi kandungan dan bahan pengajaran. Menurut Laporan
Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang dilakukan oleh para
pensyarah maktab-maktab perguruan di Malaysia mendapati sebilangan besar
guru-guru tetap dan kekal mengamalkan gaya pengajaran sehala iaitu “chalk
and talk”. Menurut Mohd Majib Konteng (1997), kenyataan ini disokong oleh
Jemaah Nazir Sekolah pada tahun 1992 di mana mereka menjelaskan bahawa guru
masih kekal dengan peranan lama mereka sebagai pengajar dan masih lagi
membahaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke arah peperiksaan
semata-mata. Hal ini berlaku disebabkan
guru malas untuk membuat persediaan dan perancangan dalam pengajaran yang bakal
berlangsung terutamanya guru perempuan yang sudah berkeluarga. Segelintir dari
mereka sibuk dalam menguruskan rumah tangga sehingga tiada masa untuk memikirkan
kaedah pengajaran.
Selain itu, terdapat juga segelintir
guru veteran yang tidak suka akan perubahan kerana bagi mereka kaedah
menggunakan papan hitam ini merupakan kaedah yang terbaik. Sedangkan jika
dilihat pada sikap dan penerimaan murid pada masa kini, mereka lebih gemarkan
kaedah pembelajaran yang mencabar dan menarik. Tidak menjadi satu kesalahan
jika guru ingin menggunakan kaedah “talk and chalk” tetapi bagaimana teknik
penyampaian mereka adakah bersesuaian dengan peringkat umur murid? Adakah bersesuaian
dengan masa? Dan yang paling penting adakah murid dapat menerima ilmu yang kita
sampaikan?. Bagi golongan guru yang sudah berpengalaman mungkin mereka sudah
arif tentang perkaitan antara tajuk yang diajar dengan kehidupan seharian
tetapi adakah pengetahuan mereka selaras dengan pembangunan negara?. Sebagai
contoh, jika seorang murid bertanya apakah kepentingan untuk mereka belajar
tajuk pembezaan dan pengamiran dalam hidup mereka? Jika seorang guru yang
kurang pengetahuan mungkin akan memberi alasan yang tidak dapat membuktikan
kepentingan pembelajaran tajuk pembezaan dan pengamiran dalam kehidupan mereka.
Oleh itu, murid hanya akan belajar untuk lulus peperiksaan bukan untuk
diaplikasikan dan akan melupakan tajuk berikut setelah tamat peperiksaan. Oleh
itu, kurang persediaan dari segi isi kandungan dan bahan pengajaran ini akan
menyebabkan guru-guru tersebut tidak dapat membawa murid berfikir di luar kotak
serta tidak dapat mengaitkan pembelajaran mereka dengan kehidupan seharian.
Jika difikirkan kembali, apakah yang
dilakukan oleh guru sehingga tiada masa memikirkan persediaan mengajar sebelum
mengajar? Ibu bapa mungkin mengatakan guru makan gaji buta tetapi sedarkah ibu
bapa bahawa tugas seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu di kelas?. Pada
hakikatnya, guru juga memikul tugas bukan akademik seperti tugas-tugas
pengkeranian, tugas-tugas khas dan tugas kokurikulum. Merujuk kepada akhbar
bertarikh 1 April 2010 keratan yang bertajuk ‘Seksa Jadi Guru’. Berdasarkan
artikel ini, dikatakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah
membuat aduan mengenai beban tugas guru kepada Yang Amat Berhormat Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin
pada 20 Mac 2010.
Berdasarkan keratan akhbar tersebut,
Jemali Paiman selaku Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia
menyatakan tugas guru kelas adalah yang paling teruk contohnya guru perlu
menyediakan maklumat peribadi murid, mengutip yuran, sediakan buku kedatangan
murid, dapatkan maklumat murid dan keluarga serta menjadi pegawai kesihatan
untuk merekodkan maklumat kesihatan. Berdasarkan artikel ini juga dapat
dirumuskan bahawa isu beban tugas guru perlu dipandang serius bukan sahaja oleh
pihak kerajaan, malahan semua pihak termasuk masyarakat. Ini kerana, beban
tugas yang semakin bertambah dan kian mencabar telah menyebabkan prestasi
seorang guru terjejas dan ini secara tidak langsung menjejaskan prestasi
murid-murid di sekolah.
d)
Pendekatan yang tidak
sesuai
Faktor seterusnya yang boleh membawa
kepada guru kurang realistik adalah dari segi pendekatan yang digunakan.
Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Apabila melihat kepada
konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Guru
yang mengajar mestilah terlebih dahulu mengenal pasti latar belakang murid. Ia
akan membantu guru untuk memilih dan merancang pengajaran dengan menggunakan
pendekatan yang sesuai.
Selain itu, kaedah pengajaran adalah
merupakan satu proses guru mengajar di mana ia merangkumi cara dan strategi
yang digunakan untuk mengajar. Guru akan menggunakan sama ada pendekatan
penyampaian maklumat iaitu berpusat guru atau pendekatan perubahan konsep iaitu
berpusatkan pelajar. Kaedah pembelajaran yang dipilih juga akan mempengaruhi
strategi yang akan digunakan oleh guru atau murid bagi memperoleh maklumat yang
berlainan dan menyesuaikan diri dalam situasi pembelajaran yang berlainan.
Pendekatan penyampaian maklumat
tidak menggalakkan murid memberi pendapat mereka sendiri walaupun
berkemungkinan besar mempunyai lebih pengetahuan sedia ada dalam diri mereka
melalui pemerhatian atau pengalaman sendiri. Maklumat yang disampaikan pula
bergantung sepenuhnya pada guru. Jika luas pengetahuan guru mengenai tajuk
tersebut maka luas dan panjang lah penerangan guru. Pendekatan berpusatkan guru
boleh di ibarat guru memberi syarahan dan murid mendengarnya di meja
masing-masing. Situasi sebegini akan menimbulkan kebosanan dan hilang tumpuan
murid di dalam kelas.
Walaupun sudah sedia maklum dengan
kelebihan dan kekuatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid, guru pada
masa kini masih menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan guru sedangkan
pendekatan yang disarankan adalah pendekatan berpusatkan murid sejajar dengan
National Council for Teaching of Mathematics (NCTM, 2000) yang menyatakan
pengajaran yang berkesan memerlukan persekitaran yang kondusif, menggalakkan
murid berfikir, menyoal dan menyelesaikan masalah. Jika tidak menggunakan
pendekatan berpusatkan pelajar, apakah kepentingan disediakan makmal Matematik
di sekolah? Apakah kegunaan makmal komputer di sekolah?
Seperti mana yang dapat saya perhatikan
semasa menjalani praktikal, kebanyakan guru Matematik tidak memberi peluang
kepada murid untuk berfikir di luar kotak. Pembelajaran yang dijalankan hanya
merujuk dan berpandukan buku teks dan buku latihan. Ia disebabkan oleh
sebilangan mereka berpendapat bahawa murid akan menjalani ujian PBS dan jika
tidak mencapai band, murid dibolehkan untuk mengulangi ujian tersebut sehingga
murid tersebut mencapai band yang disasarkan.
Pendekatan berpusatkan pelajar bukan
sahaja tertumpu pada penggunaan teknologi tetapi boleh juga diwujudkan dengan
penggunaan objek maujud. Kita ambil contoh pada tajuk pepejal geometri, guru
boleh meminta pelajar duduk di dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti
seperti melukis bentangan bagi kubus dan kuboid. Seterusnya meminta mereka
untuk membentuk kubus dan kuboid serta mengenal pasti jumlah bucu, sisi dan
garisan simetri. Pendekatan berpusatkan pelajar ini sememangnya memudahkan
murid untuk memahami tetapi memerlukan tahap kerajinan yang tinggi di kalangan
guru.
Kesimpulannya, faktor-faktor seperti
kurang persediaan guru untuk mengajar akan menyebabkan guru tidak menggunakan
pendekatan yang sesuai sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan.
Ia juga berkait rapat dengan tugas-tugas sampingan sebagai guru. Guru yang di
tugaskan untuk mengajar mata pelajaran bukan dari bidang mereka akan
menimbulkan masalah kepada mereka dan murid. Selain itu, guru perlu sentiasa
mengikuti perkembangan teknologi supaya dapat menarik minat dan kecenderungan
murid untuk mempelajari mata pelajaran khususnya mata pelajaran Matematik yang
memerlukan penguasaan konsep yang betul dan tepat.
NUMERASI
PENGENALAN NUMERASI
Numerasi adalah keupayaan atau kebolehan atau kemampuan
melakukan pengiraan asas, memahami sistem nombor, menyelesaikan masalah secara
kuantitatif dan memahami data yang dikumpulkan serta dapat diaplikasikan dalam
bentuk jadual, graf dan gambar rajah (National Council of Teachers of
Mathematics, 2012). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), numerasi
dirujuk sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor
sehingga seribu, serta cekap dalam operasi asas matematik seperti menambah,
menolak, darab dan bahagi serta dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang,
masa dan ukuran panjang (Projek Kia2M KPM, 2009). Mengikut Bahagian Pembangunan
Kurikulum (2010) pula, numerasi ialah keupayaan untuk melakukan operasi asas
matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.
![]() |
KENANGAN SEMASA TEMU RAMAH MURID YANG TERLIBAT DENGAN PROGRAM NUMERASI |
![]() |
PENGALAMAN MENGAJAR MURID TAHUN 4 DENGAN MENGEMUKAKAN BEBERAPA SOALAN KBAT |
![]() |
AKTIVITI KUMPULAN TURUT DIJALANKAN BAGI MENGALAKKAN MURID BERKONGSI PENDAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN BERSAMA KUMPULAN MASING-MASING |
![]() |
SMILE!!! |
PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME
Pendekatan
konstruktivisme dalam pendidikan merupakan satu inovasi tentang gaya pengajaran
dan pembelajaran pada masa kini. Konstruktivisme menekankan kepada peranan
murid dan guru sebagai pembimbing sahaja. Kelebihan pendekatan ini ialah murid
berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh
antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaharu. Pembelajaran
terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaharu. Perkaitan ini dibina sendiri
oleh murid. Hal ini kerana menurut teori kontruktivisme ini, konsep-konsep yang
dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia
mendapat pengetahuan atau pengalaman baru. Menurut Subadrah Nair dan Malar
Muthiah (2005), menjelaskan bahawa seseorang dapat membina konsep dalam
struktur kognitifnya dengan pengetahuan yang sedia ada padanya dan proses ini
dikenali sebagai “accretion”. Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam
proses pembelajaran kerana murid digalakkan membina konsep sendiri dan
menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada pada
mereka. Dalam hal ini, sekaligus murid dapat meningkatkan pemahaman mereka
tentang sesuatu perkara.Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana teori ini terbukti
sangat dominan dalam pendidikan sekarang kerana menyediakan perubahan paradigma
kepada pendekatan yang lebih berasaskan kognitif berbanding pendekatan
tradisional yang lebih kepada behaviourisme. Kajian yang dilakukan oleh Peter,
Abiodun dan Jonathan (2010), menunjukkan bahawa pendekatan konstruktivisme
memberi kesan yang positif kepada murid dalam bidang akademik.Teori konstruktivisme menurut Abdul Jalil dan Bahtiar (2005) pula
menyatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia dengan mensintesis
pengalaman baru terhadap apa-apa yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka
menjelaskan bahawa melalui prinsip konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina
secara aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang dilaluinya.
Manakala menurut Vighnarajah, Wong Su Luan dan Kamariah (2008), mendapati guru
yang menggunakan pendekatan teori konstruktivisme dapat mengaktifkan murid
dalam penglibatan proses pengajaran dan pembelajaran.Pengajaran secara konstruktivisme bermaksud pengetahuan yang dibina secara
aktif oleh individu yang berfikir. Individu itu tidak menyerap secara pasif
sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan
sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk
pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan
dan gurunya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).Konstruktivisme
merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun
dalam minda manusia (Suriaty dan Nor Hazian, 2002). Konstruktivisme juga merupakan
satu kepercayaan bahawa pembelajaran bermula dari pengetahuan dan pengalaman
yang disimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid. Dalam proses
pembelajaran, maklumat baru diproses dan diserapkan untuk dijadikan sebahagian
daripada struktur kognitif di dalam minda.
Promote
Trends both in TIMSS and PISA provide evidence that Malaysian students continuing difficulty in solving mathematical tasks which involve advanced levels of thinking such as interpretation and synthesis. TI-Nspire CX-Based Learning module was designed to help secondary school students to enchance their higher order thinking skills. Through this learning enviroment, students will develop a greater understanding of the mathematical concepts and ideas and enhance their creative thinking, critical thinking and mathematical thinking abilities such as mathematical problem solving, reasoning, communication, connection and representation. The tasks in the module provide students with opportunities to use mathematical tools systematically in solving problems and be engaged in investigation and exploration of patterns and relationship to help them enchance their reasoning abilities and communication skills as well as to model real world situation mathematically. the findings from the impact study on the usage of this modul have provided valid evidence that integrating the use of TI-Nspire CX-Based Learning can be beneficial for students as this intructional strategy has proven to improve students performance in learning mathematics.
![]() |
Sebelum presentation bermula |
![]() |
Buku rujukan untuk menggunakan Graphics Calculator |
![]() |
Graphics Calculator PRICE: RM 650 |
![]() |
SELEPAS SELESAI PRESENT DI PENCIPTA BERSAMA PROF DATO NORAINI IDRIS. DAPAT JUGA TIMBA PENGALAMAN |
![]() |
BEBERAPA STUDENTS DARI UNIVERSITI LAIN TURUT BERMINAT DENGAN GRAPHICS CALCULATOR |
![]() |
Tahniah!!!!!!!... Dapat GOLD untuk PENCIPTA 2015 |
![]() |
GOLD AWARD |
Subscribe to:
Posts (Atom)